e-Kelas Hilwan Madani

100% online. Pelajari dan kuasai ilmu Al-Quran ikut masa anda, bila-bila masa dan di mana jua.

JOM MULA!

Belajar Dari Yang Terbaik

Setiap kursus diajar oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman.

Pembelajaran Fleksibel

Sibuk bekerja atau tiada masa untuk hadir kelas fizikal? Program online ini tetap boleh dimuatkan dalam jadual anda.

Tamatkan Kurang 1 Tahun

Dapatkan sijil dalam tempoh singkat dan mula cipta success story anda sekarang.

3
3 (6)
With no prior experience, you will have the opportunity to walk through hands-on examples with Hadoop and Spark frameworks, two of the most common ...
Beginner
11 Lectures
10 hours
5
5 (6)
With no prior experience, you will have the opportunity to walk through hands-on examples with Hadoop and Spark frameworks, two of the most common ...
Beginner
10 Lectures
10 hours

Pilih Kursus Yang Bakal Mengubah Hidup Anda

Sedang mencari kursus kegemaran anda?
Dapatkan perkongsian kelas Al-Quran terbaik di sini. Jelajahi perspektif baharu. Tingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran Al-Quran anda secara berperingkat. Dah sedia? Jom mulakan!

LIHAT SEMUA KURSUS

Apa Kata Mereka?

Alhamdulillah, saya belajar mengaji di Hilwan dari tahun 2020 sehingga sekarang. Saya belajar makhraj huruf dari alif, ba, ta.. secara online.
Dan alhamdulillah banyak yang saya dapat. Dari tak tahu bagaimana nak sebut huruf dengan betul, dapat baiki cara sebutan, dengung panjang, pendek, berhenti di tempat yang sepatutnya, lantunan dsb.
Secara tak langsung bila dengar orang baca kita dapat bezakan cara sebutan dia betul ke tidak. Kalau sebelum belajar sama sekali tak dapat bezakan.
Terima kasih kepada ustaz-ustaz yang sentiasa membimbing saya di Hilwan Madani.

Nor Hayati

Assalaamu’alaikum. Saya dgn penuh rasa hormat dan rendah hati ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Amir Kholis atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang sesi pembelajaran Al Quran brsama beliau.
Sepanjang saya mengikuti pembelajaran Al- Quran dibawah bimbingan Ustaz, saya telah banyak mempelajari bukan sahaja bacaan yg betul dan tajwid yg tepat, malah turut mendapat kefahaman yang lebih mendalam mengenai ayat ayat suci Al- Quran serta nilai nilai murni yang terkandung didalam nya.
Keikhlasan, kesabaran dan dedikasi Ustaz Amir dalam menyampaikan ilmu sangat saya hargai.
Ustaz sentiasa memastikan setiap pelajar memahami isi pelajaran dan tidak jemu menjawab pertanyaan dengan penuh hikmah.

Farinah

Kakak mula belajar pada Mac 2023, alhamdulillah telah hampir 2 tahun. Lebih-lebih lagi kakak belajar dengan Hilwan Madani mula-mula dahulu dengan Ustaz Hafizi, dan sekarang dengan Ustaz Amir Kholis telah banyak perubahan yang kakak rasakan terutama dari segi sebutan makhraj dan sifat huruf.
Kalau pada masa mula-mula belajar, sebutan akak sangat bunyi kasar berbanding sekarang lebih lembut. Ustaz sangat memberi penekanan pada makhraj dan sifat huruf dan tidak jemu dan sangat sabar dalam menyampaikan ilmu kepada pelajarnya.
Strategi dan kaedah pengajaran yang disampaikan sangat efektif dan mudah untuk difahami, banyak menggunakan strategi yang dikaitkan dengan kehidupan seharian seperti sifat syiddah, tawassut dan rakhawah yang disimulasikan dengan lampu isyarat merah, kuning dan hijau. Kaedah dan strategi begini menyebabkan pelajar mudah faham dan dapat hadam dengan baik.

Rohiah

MULA BELAJAR
MULA MENGAJAR